8 Prinsip Orang Berjaya
- Oct 2, 2020
- 3 min read

Jika kejayaan bisa di beli dengan wang ringgit, sudah pasti ramai yang sudah berbaris dengan riang dan semua orang hanya menganggap kejayaan itu adalah perkara biasa sahaja TANPA ADA APA-APA MAKNA.
Sejauh manakah kita dapat alihkan minda ke tahap orang berjaya akan menentukan sejauh manakah kita dapat menikmati kejayaan yang mendatang. Tidak kira kita makan gaji atau berniaga sendiri, sikap kejayaan berikut amatlah penting dalam hidup seseorang.
Terdapat 8 prinsip orang berjaya dalam kehidupan dan kerjaya.
#1 Fikir perkara yang bagus
Cara berfikir seseorang adalah berkait rapat dengan emosi yang di alami pada hari tersebut. Baik emosinya, maka baiklah cara fikir serta sikap yang ditonjolkan dalam dari dalam diri. Orang yang berjaya sentiasa memastikan emosinya stabil, dengan memikirkan perkara-perkara yang hebat serta fokus dalam setiap perkara yang di lakukan.

Bangun pagi dengan senyuman, hirup udara yang segar serta sentiasa befikir positif akan menjadikan hari-hari yang anda lalui ceria serta penuh semangat!
#2 Sentiasa menjadi yang terawal

Orang yang berjaya adalah orang yang sentiasa awal dalam perkara yang di buat. Dia bukan sahaja menepati masa tetapi turut menjadi orang yang awal! Sebagai contoh, apabila mempunyai temujanji dengan sesorang, dia sentiasa sampai terlebih dahulu di lokasi kejadian 15 minit awal. Hal ini menunjukkan dia bukan sahaja orang yang awal dalam setiap perkara tetapi turut menghormati masa orang lain denga dengan datang lebih awal bagi mengelakkan kelewatan.
Anda mahu jadi seperti individu tersebut? Mulakan sekarang dengan mencuba datang awal ke tempat kerja masing-masing. Untung-untung akan menjadi pekerja terbaik setiap bulan!
#3 Persediaan untuk bersedia!

Jangan mimpi mencipta kejayaan sekiranya anda tidak pernah menjadi ORANG YANG BERSEDIA! Bagaimana orang bersedia itu? Bersedia menghadapi cabaran, bersedia menggalas tugasan, bersedia menggalas amanah serta bersedia untuk segalanya. Persediaan yang jitu akan memastikan sesorang itu terus mengukir kejayaan dan bersedia menghadapi cabaran dalam kehidupan dan kerjaya yang anda. 80% orang yang berjaya adalah orang yang bersedia!
#4 Buat sesuatu melebihi jangkaan!

Dalam satu kajian pada tahun 2012, Angela Duckworth dan rakan-rakan sekerjanya ingin mengetahui rahsia kejayaan seseorang. Apakah yang diperlukan untuk mencapai kecemerlangan? Adakah ia faktor genius? Nasib? Sumber kewangan?
Mereka mendapati bahawa orang yang teliti adalah yang paling berjaya dalam kejayaan objektif dan subjektif. Mereka berupaya memberi tumpuan terhadap apa yang penting dan mendedikasikan usaha sepenuh mereka untuk mencapai matlamat mereka. Orang yang teliti juga adalah orang dapat melakukan sesuatu di luar jangkaan syarikat!
#5 Lakukan tugasan dengan tepat
Nak mencapai matlamat atau perancangan syarikat, pekerja harus sentiasa bertanya dan sentiasa mengetahui jangkaan atau ‘target’ yang diberikan oleh pihak atasan kepada anda. Anda di bayar gaji setiap bulan adalah untuk menyelesaikan serta memberi tambah baik kepada syarikat. Ayuh, tunjukkan potensi anda!
Dalam sebuah artikel dari leaderonomics.com, kajian mendapati bahawa 76 peratus daripada produktiviti dan sumbangan pekerja ditentukan oleh kecerdasannya iaitu tahap akal dan keupayaan praktikal pekerja dalam menangani cabaran dunia pekerjaan. Aspek-aspek yang diteliti termasuk kebolehan untuk merancang, menganjur, menetapkan keutamaan, merungkai masalah dan menyempurnakan tugasan yang diberi.
Majikan akan menilai tahap kecerdasan ini melalui cara pekerja itu bertanya soalan – sama ada yang bijak atau sebaliknya. Sifat ingin tahu dan banyak bertanya soalan yang relevan akan menonjolkan sifat kecerdasan seseorang. Sekiranya pekerja itu banyak bertanya soalan yang baik dan menilai jawapan yang diberi, dia akan lebih cepat belajar mengenai skop kerja/tugasannya.
#6 ’Be in control’
Sentiasa mengawal sikap supaya tidak tersasar adalah nilai integriti yang merupakan kualiti yang paling penting untuk mencapai kejayaan jangka panjang dalam kehidupan, lebih-lebih lagi di tempat kerja. Tahap integriti diri boleh dinilai melalui sejauh mana anda jujur pada diri sendiri. Jika anda mampu bersikap jujur dengan diri sendiri, anda juga akan bersikap jujur dengan semua orang termasuk majikan dan rakan-rakan pejabat.

Anda bersedia untuk mengakui kekuatan dan kelemahan anda. Anda bersedia untuk mengakui kesalahan yang dilakukan ketika melaksanakan sesuatu tugasan. Jujur, amanah dan positif saling beriringan. Ia membezakan kualiti diri anda dengan pekerja-pekerja lain.
#7 Tahu & kenalpasti hala tuju bekerja
Kenapa anda berada di posisi jawatan ini? Mengapa syarikat ini menjadi pilihan anda? Siapakah anda di dalam syarikat ini dalam 5 tahun mendatang? Soalan-soalan yang perlu anda tahu dan mempunyai jawapan meskipun anda seorang sahaja yang mengetahui jawapannya!
Seorang pekerja yang mempunya hala tuju untuk sesebuah syarikat merupakan aset terpenting dalam sesebuah organisasi yang berperanan menentukan hala tuju serta matlamat organisasi itu terlaksana dan tercapai.
Apabila seseorang pekerja menyertai sesebuah organisasi, individu itu secara automatik bersetuju taat setia dan menyumbang keringat demi mencapai matlamat organisasi. Oleh itu, pekerja perlu memberi sepenuh komitmen terhadap organisasi, seterusnya meningkatkan produktiviti menerusi tanggungjawab dipikul.
#8 Tahu matlamat anda
Menetapkan matlamat untuk pembangunan peribadi anda sendiri boleh menjadi cara yang berkesan (dan kurang tertekan) untuk berkembang secara emosi dan intelektual.

Menetapkan matlamat boleh membantu anda untuk berjaya dengan cara membantu anda menyelaraskan hidup anda, meminimumkan tekanan serta boleh membantu anda untuk kekal dalam sasaran yang anda tetapkan.
Seperti kata-kata pujangga, ‘Hidup tanpa matlamat yang jelas akan menjadikan kehidupan itu hanyalah sekadar untuk hidup’.
Coretan daripada,
Nisha Fatihah
Korporat Komunikasi
Hidayah Medic Sdn Bhd





Comments