Budaya 'Menang': Penentu Hala Tuju
- Aug 11, 2020
- 4 min read
Updated: Oct 2, 2020

“To win in the marketplace, you must first win in the workplace”
- Doug Conant, CEO Campbell’s Soup
Untuk sesebuah syarikat menang dalam dunia pasaran, maka ia perlu terlebih dahulu menang di arena pekerjaan. Terjemahan kata-kata hebat daripada Doug Conant, yang merupakan seorang Ketua Eksekutif di Campbell’s Soup.
Sesebuah syarikat yang ingin terus berjaya dan bertapak dengan cemerlang, memerlukan barisan pekerja yang berjiwa besar serta komited dalam tugas yang di galas setiap masa. Momentum serta tenaga yang diberikan harus konsisten dalam menghasilkan output yang berkualiti sekaligus membantu mencapai matlamat serta misi visi yang digariskan syarikat.
Disinilah perlunya perkara paling utama tetapi sering tercicir iaitu penerapan winning culture atau budaya menang yang perlu difahami serta disemai dalam diri semua pekerja. Apa itu budaya menang? Seperti kita semua sedia maklum, budaya merangkumi kepercayaan, idea, nilai, peraturan, dan tatakelakuan dalam organisasi atau masyarakat.
Hal ini membentuk bagaimana individu berfikir, merasa, dan bertindak. Budaya yang meraikan kebajikan, misalnya, akan memberi inspirasi kepada orang-orang di dalamnya untuk menjadi lebih baik dan sentiasa berbuat kebaikan.

Budaya menang, adalah budaya yang menentukan tahap sikap positif, harapan tinggi, dan penghasilan kerja yang berjaya. Pasukan yang hebat, sentiasa mahu menang dan memberikan yang terbaik untuk memenangi dalam setiap tindakan.
Bagaimana untuk mewujudkan budaya yang menang? Budaya menang tidak boleh datang hanya dari pemimpin; ia juga harus timbul semangat dari pasukan. Sebagaimana syarikat yang ingin berjaya, ia tidak boleh hanya bergantung harap pada pemimpin dalam organisasi sahaja. Ia perlu kerjasama daripada semua pekerja yang mempunyai pengamalan budaya yang sama dengan corak pemikiran yang sama.
Di Hidayah Medic Sdn Bhd (HMSB), terdapat lima budaya menang yang telah di pilih sebagai asas utama dalam mencapai misi visi serta matlamat syarikat, secara tidak langsung mewujudkan suasana bekerja yang kondusif. Kelima-lima budaya menang ini harus digalas dan dipraktikkan oleh semua warga kerja HMSB.

5 Budaya Menang HMSB
1. 3S - Salam, Smile, Speak
2. Cleanliness (Kebersihan)
3. Family Relationship (Hubungan Kekeluargaan)
4. Right Time Management (Pengurusan Masa Yang Betul)
5. Sharing Session (Sesi Perkongsian)
3S - Salam, Smile, Speak
Semua warga HMSB perlu memberi salam atau ucapan selamat ketika memulakan kerja atau bertemu sesama rakan sepejabat, senyum dan berkata-kata dengan perkataan yang positif dan baik sahaja. Tujuannya adalah untuk mewujudkan aura positif sewaktu memulakan kerja.
Permulaan hari yang positif dan ceria membawa kepada suasana yang ceria juga serta membantu warga kerja HMSB untuk fokus terhadap tugasan masing-masing
Cleanliness (Kebersihan)
Budaya menjaga kebersihan adalah amat dituntut dalam agama Islam. Islam menganjurkan umatnya untuk sentiasa mengamalkan kebersihan dan ia merangkumi kebersihan diri, keluarga, tempat tinggal, tempat beribadah, tempat awam, dan sebagainya.
Bagi menjaga kebersihan diri, bukan setakat menjaga kebersihan luaran sahaja akan tetapi merangkumi kebersihan hati nurani daripada sifat kufur dan segala perkara yang boleh membawa kepada bahaya dan dosa seperti perbuatan mensyirikkan dan menyekutukan Allah SWT.
Selain itu menjaga kebersihan rohani ialah menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (sifat-sifat tercela) seperti hasad dengki, sombong, bangga diri, riak dan seumpamanya. Melalui kebersihan rohani ini boleh menjadikan kita insan yang berakhlak mulia dan terpuji, manakala menjaga kebersihan jasmani boleh menghidarkan diri daripada mendapat penyakit.
Family Relationship (Hubungan Kekeluargaan)
Bekerja dengan penuh professional dengan mengekalkan rasa hormat antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan menjadi salah satu budaya menang di HMSB. Ia membawa makna yang besar iaitu hubungan yang bukan sahaja antara pekerja tetapi sebenarnya adalah seperti ahli keluarga sendiri. Sentiasa bekerjasama, hormat-menghormati serta berganding bahu dalam setiap perkara yang di lakukan.
Right Time Management (Pengurusan Masa Yang Betul)
Dalam My Health portal ada menyatakan bahawa pengurusan masa bermaksud anda mampu menguruskan masa secara berkesan bagi melakukan aktiviti harian dan merasa puas hati dengan apa yang telah anda lakukan. Pengurusan masa yang berkesan merupakan ciri penting di dalam gaya hidup yang sihat.
Perkara ini sangat penting untuk semua warga HMSB sewaktu bekerja supaya setiap tugasan yang di galas dapat di susun dan di siapkan dalam waktu yang telah di rancang. Individu yang berjaya adalah individu yang sentiasa merancang serta menguruskan masa dengan terbaik.
Apabila anda gagal untuk menguruskan masa dengan bijak, anda mungkin:
· Membazir banyak masa yang berfaedah
· Menjadi tidak produktif
· Mendapat stres
· Menjadi cemas dan bimbang
· Bertambah gusar dan mudah marah
Dan yang paling utama, anda:
· Gagal menyiapkan apa-apa tugasan pada masa yang ditetapkan
Sharing Session (Sesi Perkongsian)
Budaya menang yang kelima dan juga penting bagi warga HMSB ialah senantiasa berkongsi setiap permasalahan atau penambahbaikan yang memberi kebaikan dan dapat memajukan syarikat.
Sesi perkongsian ini dapat membuatkan kita mendengar setiap permasalahan yang di hadapi oleh setiap pekerja dan membantu meringankan bebanan mereka yang menghadapi. Di samping itu juga, sesi perkongsian turut membantu mendapatkan pandangan semua orang dalam memajukan syarikat melalui sukmber idea yang pelbagai.
Lima budaya menang ini merupakan tunjang utama kepada HMSB. Ia turut membawa kepada capaian kejayaan yang lebih tinggi, mewujudkan keseronokan sewaktu bekerja, mengekalkan suasana positif meskipun di landa cabaran serta kepercayaan, komunikasi, dan semangat sebagai batu asas untuk lebih mara ke hadapan.
Semoga dengan adanya budaya ini mampu membawa HMSB ke tahap yang lebih tinggi serta membantu lebih iramai individu di luar sana.
INI BUDAYA MENANG KAMI!
BAGAIMANA PULA DENGAN ANDA ?
Coretan daripada:
Nisha Fatihah
Korporat Komunikasi
Hidayah Medic Sdn Bhd





Comments