Amalan Pembersihan Bersama Oleh Staf Hidayah Medic Sdn Bhd (HMSB)
- May 4, 2020
- 1 min read
Dalam menjadikan masyarakat berminda kelas pertama, matlamat tersebut perlu di adun dengan nilai-nilai etika yang tinggi, bertanggungjawab, progresif, inovatif serta mempunyai kesedaran yang tinggi dalam menjaga kebersihan alam sekitar.
Maka dengan itu, menyahut seruan salah satu visi Hidayah Medic Sdn Bhd (HMSB) iaitu menjadi syarikat peneraju utama dalam bidang kesihatan awam. Amalan pembersihan yang dilakukan bersama juga turut mengeratkan hubungan silaturrahim serta semangat kerjasama berpasukan.
Di HMSB, setiap pagi akan dimulakan dengan kerja pembersihan sebelum masing-masing meneruskan tugasan.
Dalam akhbar Berita Harian bertarikh 25 Februari 2015 turut menyatakan semnagat sukarelawan dalam kalangan masyarakat untuk sama-sama memastikan keadaan persekitaran sentiasa bersih dan indah juga masih belum memuaskan. Kebanjiran warga asing di negara ini yang mempunya tabiat dan budaya mengenai kebersihan yang berbeza turut menyukarkan untuk memastikan tahap kebersihan yang mapan.
Sikap masyarakat menganggap tanggungjawab membersihkan persekitaran di atas bahu pihak berkuasa turut memnambah masalah. Tanpa rasa bersalah sampah dibuang merata-rata kerana sentiasa berasakan ada pekerja pembersihan akan mengutip sampah mereka dan ini benar-benar tidak membantu dalam meningkatkan kebersihan.
Marilah bersama sentiasa menjalankan tanggungjawab menjaga kebersihan alam sekitar bersama kelangsungan hidup yang lebih harmoni dan bebas penyakit.





Comments