top of page
Search

Cabaran Untuk Berjaya

  • May 4, 2020
  • 3 min read

"Nak berjaya tapi tak tahu nak buat apa"

"Bagusnyaaaaa diaaaaaa. Macam-macam kejayaan di perolehi. Aku? Hmm."

Setiap kejayaan dalam kehidupan bukanlah datang bergolek ibarat bola yang digolekkan dari tempat A ke tempat C. Kejayaan merupakan satu proses tindakan yang strategik seiring dengan dengan ilmu pengetahuan yang senantiasa bertambah dan jitu. Bahkan, kejayaan itu datang dengan pakej iaitu CABARAN. Hanya mereka yang inginkan kejayaan akan bersedia menghadapi cabaran. Mereka yang takutkan cabaran, sukar untuk menempa kejayaan. 

Seringkali kita melihat individu yang berjaya seolah-olah begitu bertuah dan sangat membahagiakan. Tahukah kita, di sebalik kejayaan yang di kecapi, adanya cabaran-cabaran yang di pikul dan di harungi sehingga manisnya kejayaan berada di dalam genggaman. 


" Man jadda wajada, wa man zara’a hasada, wa man yajtahid yanjah"

(Sesiapa yang berusaha (Inshallah) akan mendapat apa yang diusahakannya, sesiapa yang bercucuk tanam (Inshallah) akan menuai hasilnya, sesiapa yang berusaha (Inshallah) akan beroleh kejayaan.")

Ayat di atas merupakan prinsip dalam meraih kejayaan dan keuntungan yang berasaskan kepada usaha yang bersungguh-sungguh oleh seseorang Muslimin dan Muslimat di dalam hidupnya dengan berpandukan kepada ajaran Islam.


Untuk berjaya, setiap individu kebiasaannya mempunyai rasa keinginan yang tinggi untuk mencapai sesuatu yang di inginkan. Namun begitu, keinginan sahaja tidak mencukupi. Ia perlu hadir dengan elemen kemahuan beserta tindakan yang mantap. Tanpa kemahuan dan tindakan, keinginan tersebut akan bertukar menjadi angan-angan sahaja.


Pengarah Syarikat Hidayah Medic Sdn Bhd (HMSB), Dr Abdul Hadi Ahmad dalam slot perkongsian ilmu bersama staf berkata, kejayaan yang ingin di capai perlu berpandukan 3 perkara utama iaitu kepala/fikiran (head/brain), hati (heart) dan tangan (hand).

Ia bermula dengan cara berfikir (head/brain). Seringkali manusia tidak fokus dalam melakukan apa-apa perkara. Sebagai contoh, sukar fokus semasa sedang solat. Bagi seorang Muslim, solat itu ialah tiang agama. Jika kita tidak dapat menghayati dan fokus kepada solat, bagaimana kita mahu fokus dalam perkara yang lain sedangkan perkara yang utama gagal terlaksana? Latih diri untuk lebih fokus dan memahami setiap tindakan yang dibuat.

Kedua, kejayaan turut berkait rapat dengan hati (heart). Hati manusia mudah berbolak-balik jika tiada matlamat dan hala tuju yang kuat. Sebagai manusia yang sentiasa bermain dengan emosi, kita perlu memastikan hati kita sentiasa di lindungi daripada terus berbolak-balik serta penuh dengan rasa sangsi.



رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ 

(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

Menurut Ustazah Dr Anisah Abd Ghani, Penulis Wanita IKRAM (PENAWAN), yakin membuatkan seseorang tidak merasa ragu-ragu, malah merasa tenang dengan apa yang diyakininya. Kata al-Junaid: “Yakin ialah ilmu yang mantap, tidak goyah, tidak berdolak-dalik dalam hati.” Yakin merupakan ilmu yang sempurna, tidak ada sebarang keraguan, ia pemangkin amal. Yakin merupakan sesuatu yang sabit dan tidak goyah, perasaan tenang dalam diri. Hakikat yakin ialah rasa tenang terhadap apa yang diketahui. Apabila seseorang merasa tenang terhadap sesuatu yang diketahuinya bermakna dia telah yakin terhadap apa yang diketahuinya itu. Tiga Tingkat Yakin Pertama: Ilm al-Yaqin (علم اليقين) iaitu keyakinan yang bertepatan dengan hakikat sebenar sesuatu yang diyakini, seperti disebut dalam ayat 5, 6 dan 7 surah al-Takathur yang menjelaskan, manusia yakin tentang neraka jahim kerana mereka mengetahui hakikatnya setelah melihatnya sendiri: كَلَّا لَوْ تَعْلَمُونَ عِلْمَ الْيَقِينِ ، لَتَرَوُنَّ الْجَحِيمَ ، ثُمَّ لَتَرَوُنَّهَا عَيْنَ الْيَقِينِ Kedua: 'Ain al-Yaqin (عين اليقين) iatu keyakinan hasil daripada sesuatu yang dilihat dengan mata kepala sendiri atau Allah SWT bukakan alam ghaib kepada seseorang, diistilahkan sebagai kasyaf (كَشَّاف) seperti disebut dalam ayat 22 surah Qaf yang menjelaskan, pada hari kiamat, Allah membuka tutupan daripada pandangan manusia, lantas mereka melihat neraka dengan jelas: لَقَدْ كُنْتَ فِي غَفْلَةٍ مِنْ هَٰذَا فَكَشَفْنَا عَنْكَ غِطَاءَكَ فَبَصَرُكَ الْيَوْمَ حَدِيدٌ Ketiga: Haq al-Yaqin (حق اليقين) iaitu keyakinan yang terhasil daripada kebersamaan dan kebercampuran, seperti yang dinyatakan dalam ayat 51, 52 surah al-Haqqah: وَإِنَّهُ لَحَقُّ الْيَقِينِ ، فَسَبِّحْ بِاسْمِ رَبِّكَ الْعَظِيمِ Kata sesetengan ahli sufi; haq al-yaqin adalah darjat yakin paling tinggi, kedua 'ain al-yaqin dan ketiga 'ilm al-yaqinHaq al-yaqin seperti orang berakal mengetahui mati pada saat dia mengalami kematian. 'Ain al-yaqin seperti seseorang mengetahui mati ketika melihat malaikat maut. 'Ilm al-yaqin seperti orang mengetahui mati sepanjang masa. Dan diakhirnya apabila cara berfikir dan keyakinan yang mantap ada dalam diri, maka, tindakan (hand) yang dilakukan untuk mengajar kejayaan akan lebih mudah di capai sekaligus cabaran yang ada akan dapat di tempuh dengan jayanya. Semoga kejayaan menjadi milik kita bersama dunia dan akhirat.

 
 
 

Comments


Article

bottom of page