Pemberian Vaksin Influenza Kepada Staf Hidayah Medic Sdn Bhd (HMSB)
- May 4, 2020
- 1 min read
Pada Isnin, 2 Mac 2020, Hidayah Medic Sdn Bhd (HMSB) telah memberikan suntikan vaksin influenza secara percuma kepada beberapa orang staf. Pemberian vaksin tersebut dilakukan secara berperingkat kepada semua staf HMSB.
Inisiatif ini dilakukan bagi menjaga kesihatan serta kebajikan sekaligus mengekang jangkitan influenza kepada para pekerja di HMSB.
Melalui sumber akhbar Berita Harian bertarikh 24 April 2019, influenza boleh dijangkiti melalui titisan air yang tersebar melalui mulut dan hidung. Orang ramai yang berada di sekitarnya mudah mendapat virus yang disebarkan apabila seseorang batuk atau bersin.
Virus juga mudah merebak melalui tangan tercemar apabila individu yang sudah dijangkiti bersentuhan dengan orang lain.
Influenza juga berbeza berbanding dengan selesema biasa, malah dalam kebanyakan kes penyakit boleh menjadi lebih teruk. Simptom influenza dikesan apabila seseorang demam tinggi (38 Celcius), lesu melampau, batuk, sakit tekak dan otot, selain sakit perut, sakit dada dan cirit-birit.
Semoga semua pihak sentiasa menjaga kesihatan diri dan senantiasa mempraktikkan kebersihan dalam kehidupan seharian.





Comments