top of page
Search

#QuoteOfTheDay Memory And Children

  • May 4, 2020
  • 1 min read

"Each Day Of Our Lives We Make Deposits In The Memory Banks Of Our Children"

Anak adalah anugerah setiap insan.

Seiring dengan perubahan masa yang begitu pantas, anak juga kian membesar bersama. Sebagai ibu bapa, pastikan setiap memori anak masing-masing sentiasa terselit kehadiran yang tersayang kerana corak masa hadapan mereka di tangan anda.

Sedikit tips perkongsian daripada Dr. Taufiq Razif, seorang pendidik ilmu kekeluargaan yang terkenal dengan perkongsian berkaitan kanak-kanak di channel Telegram beliau iaitu Nota Parenting Taufiq Razif.

_________________ Nak Anak Lebih Sayang Kita Tak? Antara cara termudah adalah : Introduce quietness into our house Ya, kesunyian akan membuatkan anak-anak boleh menjadi :

  1. Lebih kreatif

  2. Lebih 'connect' dengan dirinya

  3. Lebih 'connect' dengan diri kita

Jadi, jangan takut anak-anak kita bosan. Bermain gadget boleh tetapi berpada-padalah. __________________ Macam Mana Nak Jadi Mak Yang Lebih Baik Pada Anak Anak? Senang je. Caranya adalah : Belajar dulu untuk PAUSE DIRI SENDIRI Cuba PAUSE DIRI SENDIRI bila :

  • Rasa nak cubit

  • Rasa nak bebel

  • Rasa nak marah anak

Cara nak Pause adalah dengan cara kira 60 saat dulu sebelum buat apa apa tindakan walaupun masa tu kita sangat geram dan nak marah anak kita.  InsyaAllah kita akan lebih hebat mengawal emosi diri dan dilihat lebih hebat di depan anak anak kita nanti. Jom amalkan dan rasakan sendiri kesannya pada diri kita sendiri. #notaparentingTaufiqRazif SEMOGA BERMANFAAT!

 
 
 

Comments


Article

bottom of page